♬♪rakyat jelata♬♪

Dahan itu ada untuk kau berpaut


Hari ini bermulalah semester baru bagi tahun kedua pengajian aku. Jika ditambah ditolak bermakna pengajian aku berbaki setahun lagi. Sekejap masa berlalu. Semangat di awal semester sentiasa di tahap maksimum. Berbekalkan niat untuk belajar bersungguh-sungguh aku mulakan langkah di hari pertama kuliah dengan penuh bergaya.

"Hai,cemana cuti semester lepas ? "

"Erm,bolehlah.."

"So,cemana result semester lepas ? Still 3 pointer and above ?"

" So far,Alhamdulillah" 

Menjawab persoalan itu dengan penuh bangga dan riak dalam hati. Tidak terlintas di fikiran pada masa itu ketika itu pencatat amal sedang mencatat satu bukti dosa dan satu titik hitam terlukis dalam kotak hati.

Aku berjalan pantas meninggalkan rakan sekuliah. Perasaan untuk segera pulang ke kolej kediaman semakin membuak-buak untuk merehatkan minda setelah seharian memerah otak. Malam itu seharusnya aku mengulangkaji pelajaran. Baca apa yang tidak aku fahami semasa kuliah petang tadi. Tangan ligat untuk mentelaah buku tapi baru disentuh buku itu. Terdengar suara dari belakang.

"Relaks la bro ! Baru first day class kot. Kau takyah nak tunjuk rajin sangat laa"

"Entah. Esok masih ada weh. Dah jom kita tengok movie.."

Bila namanya manusia selalu tewas dengan bisikan syaitan. Dan ajakan itu disambut dengan baik.
Lupa pada adatnya ilmu itu harus diulangkaji agar fakta itu tidak dilupai. Fitrahnya manusia bersifat pelupa. Tapi amat sukar untuk melupakan kenangan lampau.

Kini,aku sudah berada di pertengahan semester bermakna tidak lama lagi berakhirlah pengajian aku bagi semester itu. Aku masih ditakuk lama. Belajar seolah-olah hanya untuk cukup syarat. Aku yang dulu seorang yang takut untuk ponteng kelas. Sekarang semakin berjinak-jinak dengan aktiviti itu. Aku alpa. Aku lupa akan tanggungjawab aku sebagai pelajar.

Ya Allah,aku baca kitabMu hari hari tapi kenapa aku tak rasa manisnya menyebut ayat-ayat suci ini. Kenapa jiwa aku terasa sakit. Kenapa aku tak rasa semua ini.

Hati aku menangis. Jiwa aku sakit. Tapi aku masih seorang aku. Walaupun al-Quran itu aku baca hari-hari tapi aku masih juga melakukan apa yang Allah larang. Zahir aku nampak sihat tapi fitrah aku sakit. Semakin hari markah test dan kuiz aku makin teruk. Aku takut tapi masih dipujuk hati itu. 

"Takpe belum final lagi. Nanti dah final exam kita pulun sampai habis..."

Itulah mentaliti mahasiswa apabila markah test mahupun kuiz rendah. Majoriti mahasiswa melafazkan ayat ini. Pejam celik pejam celik. Maka berakhirlah minggu kuliah bagi semester itu. Ini bermakna tidak lama lagi aku bakal dihidangkan dengan final exam. Penutup bagi setiap semester.

" 4 hari je 'study week' aku ? Mana aci ! Mana aku nak ingat segala formula dalam masa 4 hari ni. 4 hari aku nak khatamkan berbelas tajuk ni mana sempat. Dah la satu benda pun aku tak faham. Arghh tension ! "

Baru tahu erti masa itu tidak cukup. Baru tahu erti masa itu emas. Sebelum ini masa dibuang begitu sahaja. 

4 hari yang diperuntukkan telah berakhir. Maka hari ini bermulalah paper pertama iaitu calculus. Bagi aku paper ini agak membunuh. Aku melangkah ke dewan exam dengan penuh rasa yakin dengan usaha aku. Soalan pertama aku buka dan aku pandang sepi. Soalan kedua aku baca dan aku masih begitu. 

"Ok candidates,you guys just have 5 minutes left.."

Masa yang masih berbaki, aku siapkan soalan yang terakhir. Setelah kertas diambil dan pelajar diizinkan keluar. Aku melangkah dengan penuh bergaya. Ada yang menangis ada yang gelak ketawa. Itu adat.

Setelah 2 minggu berdepan dengan final exam. Kini,mahasiswa dibenarkan pulang bagi cuti semester. 2 bulan yang diberikan itu sudah mencukupi. Dan tibalah masanya untuk melihat keputusan peperiksaan semester lepas.

Darah gemuruh mula menghantui diri. Kaki tangan mula bersikap dingin. Petanda apakah ini ? Tidak pernah aku alami sebelum ini. Dengan perasaan takut lantas password dan nombor matrik dimasukkan. Enter.

Zappp ! Bagai terkena renjatan elektrik. Aku menangis semahunya. Betul ker ini result aku ? Apa yang aku belajar semester lepas. Kenapa semua ini berlaku ? Ini bukan result aku. Bukan.

"Ya Allah dimana silapnya. Apa salah aku ? "

Manusia. Bila terjatuh baru terngadah. Air mata yang jatuh dibiarkan mengalir di hadapan ayahanda bonda. Perit yang aku rasakan tidak boleh dibendung lagi. Tidak pernah seumur hidup aku. Aku jatuh sebegini rupa. Pointer 3 ke atas yang aku banggakan dulu kini jatuh mencium lantai sehingga pangkal 1 di hadapan. Aku gagal satu subjek. 

Tika itu detik itu baru aku rasakan Allah itu dekat. Mungkin dah lama aku tinggalkan dia. Aku abaikan yang kononnya Allah itu sifatnya bukan Maha Melihat. Perlahan-lahan angin lembut hidayah itu menyapa dalam bentuk yang tidak aku sangka.

Ya Allah,dulu aku lupa yang kau ada,
Aku seronok dibuai keseronakan duniawi,
Sehingga terabai pelajaran aku,
Ya Allah,ampuni setiap kesalahan hamba..

Baru aku sedar yang dahan itu masih ada untuk aku berpaut. Kata orang bila kita jatuh di situlah nyata kawan dan lawan. Dan..

Bilamana Allah ingin kebaikan buat seseorang maka Allah akan turunkan ujian buat hamba itu.


Langkah kaki ini masih menelusuri jejak hidayah itu. Moga setiap persinggahannya disambut dengan salam tribulasi membawa panji kesabaran meniti ranjau kehidupan.


Penulisan ini bukan kerana nama