♬♪rakyat jelata♬♪

Takkan ada lagi insan sepertinya.




20 September 2010

Aku bangun dengan penuh semangat. Tekad semalam untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari sebelumnya. Usai melaksanakan apa yang patut, aku melangkah ke ruang bacaan. Mentelaah sedikit ilmu. Bekal buat masa hadapan.

"Aku sayang kau. Bila ada orang lain lebih sayang kau. Ingat,aku lagi sayang kau"

Senyum. Sekeping nota itulah semangat untuk aku berusaha sampai ke menara gading. Aku ingin jadi sepertinya. Walau pelbagai ranjau kehidupan,dia tetap tabah. Dia mampu buktikan dia juga mampu berjaya.


18 April 2011

Hujan batu di negeri orang. Lebih baik hujan batu di negeri sendiri. Daun maple yang gugur itu. Aku pandang sepi. Genap 3 bulan,aku merantau ke sini. Mencari sedikit ilmu dan kekuatan diri di bumi asing ini.

"Weh Sofea,apa kau buat di sini ?"

" Assalamualaikum. Saja ambil angin.."

"He he. Waalaikumusalam. Maaf la aku terlupa bagi salam. Boleh aku ambil angin sekali ?"

"Duduklah.."

"Aku tengok pelajaran kau makin terabai. Kerja dakwah kau pun dah kurang kencang. Kau tak boleh macam ni Sofea. Kau kena kuat. Kau kena bangkit.."

"Hmm.. hati aku sangat terasa kehilangannya. Kenapa aku yang kena alami benda ni semua ? Kenapa aku yang diuji Hanis ? Kenapa aku ?"

" Istighfar Sofea. Istighfar. Allah pilih kau sebab Allah tahu kau mampu mengharunginya. Ujian yang hebat hanya untuk orang yang hebat. Kau tak lupa kan ayat ini ?"

Sofea memeluk Hanis. Kuat dan makin erat.

" Menangislah Sofea andai itu boleh mengurangkan beban yang kau pikul. Janji dengan aku, lepas ni aku nak tengok Sofea yang dulu. Sofea yang kuat dan tak mudah melatah.."

Sofea senyum.

"Insyaallah..."


24 April 2011

" Adik,buatkan abang air kopi.."

"Adik,tolong abang ambilkan kunci kereta tue kejap.."

"Adik ni dah la kurus. Lepas tue buat muka macam tue. Tak cantiklah adik abang.."

Takkan ada lagi semua ini. Takkan ada lagi orang yang sudi dengar cerita gila aku. Takkan ada lagi orang yang nak pujuk aku bila aku bersedih. Dulu aku kau,tapi kini adik abang. Dan kini ia hanya tinggal kenangan.

Kalau dulu rindu,aku selalu hantar email. Kalau dulu rindu,aku selalu menghubunginya. Tapi sekarang, ke mana rindu ini harus berlabuh ? Tak ada lagi insan sepertinya. Rindu yang aku tanggung ini hanya bisa aku sampaikan melalui doa. Sungguh adik rindu abang.

Bila terpandang langit, seolah-olah nampak dia sedang memerhati. Di bumi asing ini,adik akan cuba jadi kuat. Janji adik takkan lupa. Abang,tempat paling tertinggi di hati ini selepas Allah dan Rasul. Abang dunia akhirat.






Penulisan ini bukan kerana nama