♬♪rakyat jelata♬♪

Teringat.





Mp4 di ambil dan lagu kau pemilik cintaku oleh Hijjaz dimainkan. Tangan ligat menulis sambil mengikut rentak lagu. Ah,jiwang pula lagu. 

Dah sebulan lebih aku di sini. Tempat baru, kawan baru, suasana baru segalanya baru. Cepat masa berlalu. Terasa baru semalam meninggalkan bumi indera kayangan. 

"Tertulis kematian pada suratan kehidupan. Namun hanya Allah yang tahu bilakah ajal bakal bertamu."

Sebak. Ya. Sebak. 

3 tahun dah kau pergi. 3 tahun. Tapi tak pernah sekali kau luput dari ingatan aku. Segala kenangan masih lagi segar dalam memori ini. Allah, sukarnya untuk melupakan seorang sahabat itu.

Dulu,masa sekolah. Ramai ejek kau. Ramai gelakkan kau sebab suara kau perlahan sangat. Tapi mereka tak tahu kau sebenarnya sakit. Kau masih lagi senyum walau dikeji nista.

Lama. Lama dulu. Kau gembira sangat dapat tahu aku, kau dan seorang lagi kawan dapat sambung belajar di negeri yang sama. Pemisah tempat belajar kita hanya pagar. 

Pernah kau suruh aku beli baju untuk kau. Kemain kan masa tu, aku tak tahu saiz kau. Tak tahu segalanya apa yang kau suka. Tapi kau beria-ria suruh aku beli. Aku ikut je semua kata kau sebab kau sahabat aku.

Tengah hari tu, aku saja je nak buka nombor celcom aku sebab lama sangat dah aku tak buka. Banyak mesej masuk masa tu. Kau tahu, aku gembira sangat masa tu. Kau tahu kenapa ? Sebab rata-rata mesej daripada kawan-kawan lama kita. 

Tapi gembira aku sekejap sangat. Satu persatu mesej aku baca. Terketar-ketar tangan aku. Menggigil tubuh. Aku cuba pujuk hati. Aku kata itu bukan kau. Ya Allah, katakan padaku itu bukan dia. 

Lantas,aku log in facebook. Aku cari nama kau. Dan sangkaan aku salah. Memang itu tentang kau. Kau dah pergi dulu. Kau dah pergi jumpa Dia dulu sebelum kami. 

Aku rasa kosong. Aku tak pernah hilang seorang sahabat. Tak pernah. 

Semua kawan-kawan kita terasa kehilangan kau. Terasa sangat. Semua sedih. Tapi apa daya Allah lagi sayang kau. Janji dengan aku, tunggu kami di sana ya ? Ah,lupa. Kau mana boleh baca kan. 

Aku pandang langit dan aku doa moga Allah sentiasa terangi kubur kau sahabat. Bersemadilah aman di sana.

Aku rindu kau. 

Penulisan ini bukan kerana nama