♬♪rakyat jelata♬♪

Penat

Orang yang hanya diam.
Jangan kau cuba permainkan.
Boleh jadi atau mungkin.
Dia paling banyak terasa.

Kenapa dia diam ?
Kerana dia penat.

Orang hentam dia.
Dia senyum.
Orang baling segala macam kata.
Dia masih dengan senyumannya.

Kau tak tahu dia penat.
Apa yang kau tahu.
Hanyalah biarkan hatinya terluka.

Cukuplah.
Cukuplah kau sakitkan hatinya.

Pergilah.
Beri dia ruang.
Beri dia masa.
Untuk bangkit semula dari penat yang kau hadiahkan.

Si kopiah putih itu

Masjid.
Jumaat.
Penghulu segala hari.
Peta takdir Allah.
Kita bertemu.

Lihat.
Dari kejauhan tanpa secalit perasaan.

Kau berucap.
Penuh karisma.
Ciri pemimpin.
Itu ada.

Sekali lagi pertemuan.
Di mana tempatnya.
Aku lupa.

Masih melihat dari kejauhan.
Diiringi doa kepada sang pencipta.

Lama.
Perasaan itu timbul.
Hadiah dari Illahi.
Kepada hati yang sukar mencintai.
Kaum berlainan jantina.

Aku meminta hanya kepada Dia yang selayaknya.
Andai berjodoh.
Dipertemukan oleh Dia dengan si kopiah putih itu.

Kau dan Aku. Kita berbeza.

Monolog dalam hati.

Kau dan Aku. Kita berbeza.
Erm, macam best.

Laptop. Ambil. Duduk. Taip.
Panoroma luar. Cantik.
Ciptaan Illahi.

Kau.
Punya segala.

Aku ?
Pandang luar. Lagi.

Kau.
Sebenarnya sahabat, teman dan kawan terbaik.

Dulu.
Di mana ada kau.
Di situ ada aku.

Sekarang.
Seolah-olah ada yang ingin memisahkan.

Pesan sang rimba.
Kawan itu bukan hak milik kita.
Dia milik Allah.

Aku senyap. Bisu.

Kau.
Mungkin tidak perlukan aku. Lagi.

Takpe kawan.
Aku di sini.
Pujuk hati.

Kita berbeza.
Kerna aku masih perlukan kau.
Penulisan ini bukan kerana nama