♬♪rakyat jelata♬♪

Coretan 7 bersahabat

Ini sebuah coretan.
Coretan 7 bersahabat.

Mari.
Sini.
Kita duduk.
Kita kongsi.
Cerita bersama.

Kita layarkan kembali.
Pertemuan di atas takdir Ilahi.

Matematik.
Mungkin lebih tepat.
Mungkin kerana nombor.
Mungkin minat kita serupa.

Kita bertujuh.
Tujuh bersahabat.
Berlainan latar belakang.
Berlainan pe'el perangai.

Kerana jodoh Allah.
Hati-hati kita bertaut.

Selalu--
Ya, selalu.
Tiap masa.
Kita bergaduh macam adik-beradik.
Kita bermusuh macam musuh selamanya.

Tapi--
Kita punya matlamat yang satu.
Kan ?
Matlamat bersama.

Kita nak jadi antara 7 golongan vip.
Yang dapat naungan Allah.
Di akhirat kelak.
Kan ?

Bila antara kita jauh dari Allah.
Jangan lupa tarik mereka kembali.
Supaya mendekati Dia.
Yeee ?

Aku.
Dia.
Kamu.
Mereka.
Kami.
7 bersahabat.

Ujian

Hari ini--
Allah bagi kita ujian.
Sehingga kita jatuh terduduk.

Kita mengeluh.
Merintih.

Kita tanya kenapa kita diuji.
Allah menjawab.
Kerana Aku rindu.

Mungkin sebab tidak yakin.
Kita persoalkan lagi.
Itu dan ini.

Kawan.
Dengar sini.
Dengarkan aku.
Sesungguhnya Allah itu 'arkitek' terhebat.
Di kanvas kehidpuan kita.



Tentang dunia

Dunia ini--
Kelakar bukan.

Bila suka.
Bila sayang.
Dipuja-puja.
Dimanja-manja.

Tapi--
Bila benci.
Bila bermusuh.
Dikeji-keji.
Dihina-hina.

Mungkin--
Ya, mungkin.
Sebab itu aku memilih untuk berseorangan.
Jauh dari kalian.
Yang bermuka-muka.

Mengajak

'Aku lemah.'
'Aku takut.'
'Aku risau.'

Bila ditanya mengapa dan kenapa.
Dia diam.
Lidahnya terkelu.

Tapi--
Kamu.
Kerana kurang sabar.
Mengherdik tanpa usul periksa.

Cuba kau dekati dia.
Cuba kau fahami dia.

Untuk kesekian kalinya.
Aku mohon.
Hati yang lembut itu.
Jangan kau kasari dengan aksara yang tajam.

Rasulullah pun berdakwah dengan penuh kelembutan.
Penuh kecintaan.
Untuk menjadikan Islam agama yang mahsyur.

Mari--
Aku mengajak.
Dirimu.
Dan.
Diriku.

Kita ubah persepsi masyarakat.
Kita dekati mereka.
Bukan hanya dengan coretan pena.
Tapi tingkahlaku.

Bukankah itu yang lebih baik ?




Ibu

Ibu.
Emak.
Bonda.
Ummi.
Mama.
Mummy.

Apa pun panggilannya.
Mereka tetap harus kita taati.
Selepas Allah dan Rasul.

Kalian.
Masihkah kau ingat.

Rahim itu.
Pernah terluka untuk melahirkan permata soleh dan solehah.
Menahan pedih melahirkan pemuda pemudi mawar agama Allah melihat dunia.

Tapi--
Kita ?
Sering kali membiarkan hati mereka terhiris dengan karenah kita.
Acap kali perkataan kita membuatkan mereka menahan rasa.

Ingat--
Setitis air mata mereka yang jatuh.
Akibat kedegilan kita.
Sudah cukup menjadi bukti Allah.
Untuk campak kita ke dalam neraka.

Nauzubillah.

Ayuh sahabat.
Mulai detik ini.
Cari mereka.
Jumpa mereka
Pergi ke arah mereka.
Lihat tangan mereka.
Peluk mereka.
Mohonlah kemaafan daripada mereka.

Selagi nyawa belum dihujung kerongkong.
Masih belum terlambat.


Jangan gopoh

Jangan gopoh.
Acap kali dipesan oleh si tua itu.
Kadang-kadang menjadi bahan gelak tawa kami.

Beb!
Jangan gopoh.

Usai kuliah terakhir.
Barulah difahami makna tersirat.
Barulah hati dapat mengerti.

Katanya.
Jangan gopoh.
Melafazkan kalimah di dalam solat.
Biarlah tertib.

Barulah akal dapat mentafsir maksudnya.

Katanya lagi.
Jangan gopoh.
Melaksanakan suruhan Allah.
Sekali lagi.
Biarlah tertib.

Tapi--
Tergopohlah.
Meninggalkan laranganNya.

Allah.
Terima kasih hadirkan sedikit waktu.
Buat kami bersama si tua itu.

Kami rindu.
Si tua itu.

Bau

Kamu.
Ya, kamu.

Sini.
Duduk.

Kamu tengok atas.
Tajuknya bau.

Ya,itu tajuk.

Kamu tahu.
Mereka yang gemar membaca.
Fanatik buku.
Akan tahu bau buku itu.

Sama juga.
Pencinta hujan.

Bau hujan sendiri.
Kadang-kadang boleh jadi antibiotik.
Sakit yang mereka lalui.

Bau itu.
Hanya dapat dirasa.
Oleh mereka yang terpilih.

Luka

Bangun pagi ini masih lagi mampu tersenyum.

Masakan tidak--
Masih lagi mampu menghirup udara segar.
Masih lagi berpeluang melihat senyuman insan yang disayangi.
Dan paling penting.
Masih lagi diberi kesempatan memohon keampunan Allah.

Alhamdulillah ya Allah.

Luka. Calar. Terhiris.
Apa-apa pun bahasanya.
Maknanya tetap sama.

Selagimana kau masih biarkan luka itu terus mengalir dalam jasad.
Selagi itu kau akan rasa peritnya bila berhadap.
Pedihnya menanggung beban.

Lantas, apa perlu aku buat ?

Ubati.
Lupakan kisah luka itu.
Kembali kepada sang pencipta manusia.

Sampai kapan kau nak biarkan ia terus menghantui.
Sampai bila kau nak jadi pengecut.
Terus menerus memberi izin manusia lain melukaimu.

Jawab aku.
Sampai bila sahabat ?

Dunia terus berputar.
Apa pun luka kita.
Ingat, luka palestina yang masih berdarah likat.

Zionis.
Mereka ingat mereka akan menang.
Sayangnya mereka salah.

Biar mereka terus membedil sana sini.
Biar--

Kerana kami takkan terus mengalah.
Kami juga punya senjata.
Senjata kami maha hebat.

Mereka membedil.
Kami menembak.
Menembak kami melalui doa.

Moga-moga terdengar hingga langit Ilahi.

Gaza,doa kami bersamamu.






Penulisan ini bukan kerana nama