♬♪rakyat jelata♬♪

Secangkir kisah tentang dirinya

Termenung melihat kejadian alam.
Indahnya apa yang dinamakan kehidupan.
Andai dilihat dengan mata jiwa.

Kau lihat dirinya tabah
Kau lihat dirinya kuat.
Mungkin itu harga dari sebuah rasa kecewa semalam.

Haih.
Kurang dirinya.
Lompang sana sini.
Bukan tiket untuk dipermainkan.

Mungkin ini hadiah dari Tuhan.
Mungkin ini mahar untuknya ke syurga.
Mungkin ini perjalanan meraih redha Ilahi.

Teruslah bersabar wahai seketul daging.
Hentikanlah resah hatimu.
Bangkitlah kembali kerana Allah.

Dari kejauhan mata

Pandangan mata kasar.
Jaraknya hanya sejengkal cuma.
Tapi hakikatnya jauh.

Suara halus dasar hati berkata.
Pergi katakan padanya.
Dialah susuk tubuh.
Selalu hadir dalam mimpi lena mu.

Iman menghalang.
Malu menjadi perisai.
Terkelu lidah termati bicara.

Dari kejauhan mata.
Aku melihat kamu.
Hanya doa pengubat rasa.


Penulisan ini bukan kerana nama