♬♪rakyat jelata♬♪

Secangkir kisah tentang dirinya

Termenung melihat kejadian alam.
Indahnya apa yang dinamakan kehidupan.
Andai dilihat dengan mata jiwa.

Kau lihat dirinya tabah
Kau lihat dirinya kuat.
Mungkin itu harga dari sebuah rasa kecewa semalam.

Haih.
Kurang dirinya.
Lompang sana sini.
Bukan tiket untuk dipermainkan.

Mungkin ini hadiah dari Tuhan.
Mungkin ini mahar untuknya ke syurga.
Mungkin ini perjalanan meraih redha Ilahi.

Teruslah bersabar wahai seketul daging.
Hentikanlah resah hatimu.
Bangkitlah kembali kerana Allah.

Dari kejauhan mata

Pandangan mata kasar.
Jaraknya hanya sejengkal cuma.
Tapi hakikatnya jauh.

Suara halus dasar hati berkata.
Pergi katakan padanya.
Dialah susuk tubuh.
Selalu hadir dalam mimpi lena mu.

Iman menghalang.
Malu menjadi perisai.
Terkelu lidah termati bicara.

Dari kejauhan mata.
Aku melihat kamu.
Hanya doa pengubat rasa.


Tentang kamu dan dia

Gelak tawa kamu dan dia. Suka duka kamu dan dia. Usik mengusik kamu dan dia.
Buat aku. Terasa sakit.
Jujur. Luaran aku nampak biasa. Kelihatan seperti seteguh karang.
Hakikatnya. Di sudut sepi itu. Di ruang kosong itu.
Akulah. Manusia paling lemah.
Tiap kali-- Melihat kamu dan dia. Bergembira.
Aku cuba. Cuba pujuk hati.
Kawan itu. Sahabat itu. Bukan hak aku. Bukan milik aku.
Dia milik Allah. Allah izinkan sedikit waktu untuk aku kenal dia.
Sudah cukup. Buat aku. tersenyum puas.

F.A.M.I.L.Y

If you ask me. What the most important thing in my life ?
Just one word. I would say.
F A M I L Y
Why ?
For every ups and downs, family always be with you. For every liar out there, family always trust on you. For every difficult thing, family never ever leave you alone.
They are our priority. They are the greatest gift from Allah to us. Love them before they fade away.

Sabr

They said sabr. Again, they said sabr.
Then, I replied. Enough.
Don't tell me about sabr. But teach me how to be sabr person.
Can you ?

Warkah dari hati

Makin nak sampai ke puncak. Makin sukar jalan ini. Makin terasa penatnya.
Allah. Nawaitu ini hanya keranaMu. Andai langkah ini terhenti.
Andai diri ini rebah tak terbangun. Andai mutiara jernih ini membasahi pipi.
Pimpinlah aku kembali kepadaMu. Sedarkan aku dunia ini hanya sementara. Katakan kepada aku akhirat itu kekal abadi.
Maafkan aku. Andai sampai suatu ketika tinta ini sunyi untuk waktu yang lama.
Kerana-- Ada amanah yang perlu aku lunaskan. Ada tanggungjawab yang perlu aku pikul.
Doakan aku. Moga puncak itu mampu aku tawan. Agar kejayaan itu milik kita bersama.

Rehatlah

Rehatlah. Bila langkah tak lagi seteguh karang.
Diamlah. Bila kata-kata tak lagi menyengat rasa.
Pulanglah. Andai rindu makin menebal.
Tiba masa-- Kembalilah. Kerana seketul daging itu. Merindui Ilahi.
Penulisan ini bukan kerana nama