♬♪rakyat jelata♬♪

Warkah dari hati

Makin nak sampai ke puncak. Makin sukar jalan ini. Makin terasa penatnya.
Allah. Nawaitu ini hanya keranaMu. Andai langkah ini terhenti.
Andai diri ini rebah tak terbangun. Andai mutiara jernih ini membasahi pipi.
Pimpinlah aku kembali kepadaMu. Sedarkan aku dunia ini hanya sementara. Katakan kepada aku akhirat itu kekal abadi.
Maafkan aku. Andai sampai suatu ketika tinta ini sunyi untuk waktu yang lama.
Kerana-- Ada amanah yang perlu aku lunaskan. Ada tanggungjawab yang perlu aku pikul.
Doakan aku. Moga puncak itu mampu aku tawan. Agar kejayaan itu milik kita bersama.

No comments:

Post a Comment

thanks for your comment ^^

Penulisan ini bukan kerana nama