♬♪rakyat jelata♬♪

Hijrah ku bukan kerana fashion


Hidup aku penuh dengan drama. Ah tak usah ditanya genre apakah drama itu. Pasti tidak terungkai dengan kata-kata. Beruntungnya aku dilahirkan dalam keluarga yang berada. Semua benda yang aku minta pasti dapat. Petik jari saja woo.

Walau hidup aku ditaburi dengan harta dunia tapi jiwa aku kosong seirama alunan muzik kosong Najwa Latif. Apa yang aku cari masih belum aku temui. Tik tok tik tok. Jam yang berdetik menandakan waktu kuliah hampir berakhir. Cepat masa berlalu. Perjalanan seorang mahasiswa bakal berakhir sedikit waktu lagi. 

Usai kuliah terakhir, langkah ku atur ke kediaman mahasiswi. Penat mentelaah seharian buat aku tidak betah untuk meluangkan masa bersama rakan sebaya. Belum sempat tuala itu ku capai, sepasang mata ini terpandang sesuatu yang aneh pada pandangan mata aku. Milik siapakah diari itu ? Kenapa diari itu ada di atas meja belajar aku ? Aku bukanlah seorang yang jenis suka menulis diari. Lantas diari itu aku buka. Tulisannya hanya ringkas tapi mungkin terkandung makna tersirat yang masih belum aku faham.

Indahnya sebotol kaca seandainya ia dilitupi oleh sutera.

Hari yang aku lalui bertambah pelik. Ada saja pesanan ringkas yang berbaur nasihat aku terima. Bila pulang ke rumah pasti ada seekor burung kertas buatan manusia di atas meja aku. Di sisi burung itu ada pesanan kata mutiara buat aku. 

Suatu hari aku dikhabarkan sahabat aku jatuh sakit. Tergamam aku dek berita itu. Aku segera ke hospital apabila dimaklumkan sahabat itu dalam keadaan kritikal. Hanya air mata mampu mengambarkan apa yang aku rasa. Aku tidak sanggup kehilangan sahabat itu. Walau dia sentiasa menjadi bahan uji kaji nakal aku dan sahabat lain tapi ada sesuatu istimewa dalam diri sahabat itu. Manusia hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya dan Allah lebih menyayanginya. Sepucuk surat ditinggalkan khas buat aku. Katanya buka lah bila aku benar benar dah bersedia.

Laptop ku buka dan aku sign in facebook. Zappp ! Bagai terkena renjentan elektrik bila terpandang gambar kaabah itu. Allah.  Aku menangis sepuasnya. Apa petanda ini ya Allah ? Dua bulan selepas peristiwa itu, aku buat keputusan untuk mengerjakan umrah bersama-sama ummi dan abah. 

Jantung ini berdetak kuat. Tangan kaki ini sudah beku. Allah betapa berdebarnya aku untuk ke rumahMu. Moga Allah permudahkan segalanya. Mengalir laju air mata ini bila terpandang kaabah itu. Bagai tidak percaya sekarang aku berada di depan kaabah ini. Di hadapan kaabah itu aku buka surat yang diutus khas  oleh sahabat yang telah dijemput Ilahi.

Assalamualaikum wahai mawar agama Allah,

Mungkin di saat Maira baca surat ini, Nisa sudah dijemput pulang oleh pemilik sebenar diri ini. Pertama sekali maafkan segala kekhilafan diri ini. Maafkan juga sebab Nisa tak mampu menjadi sahabat terbaik buat Maira.

Nisa tak kuat seperti orang lain untuk menegur sahabat face-to-face. Nisa takut kata-kata Nisa bakal melukakan hati insan yang Nisa sayang tapi Nisa tahu melalui pena ini segalanya bisa terungkai. Maira cantik nama itu secantik orangnya. Bila terpandang Maira tergerak hati Nisa untuk membantu sahabat ini kembali pulang kepada fitrah sebenar seorang hawa. 

Melalui doa Nisa minta dengan Allah moga Allah salurkan kekuatan buat Nisa untuk tegur sahabat Nisa ini. Pelbagai cara Nisa usahakan. Masihkah Maira ingat akan sebuah diari itu ? Melalui diari itu Nisa coretkan kata kata seindah bahasa. Bukalah diari itu bilamana Maira terasa give up. Kata kata itu Nisa petik dari surat cinta Allah dan Nisa terjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami.

Maira mawar agama Allah, hidup ini seperti burung. Terbang bebas tanpa hala tuju seandainya kita tidak berpegang teguh dengan ajaran al-Quran dan as-sunnah. Oh yaa sebenarnya disebalik burung kertas itu ada mutiara kata buat Maira.

Masa Nisa dah makin hampir. Pesanan Nisa buat mu sahabat yang disayangi. Kita ibarat ikan emas. Cantik ikan emas itu dipuji dan dijaga selagi kilauan pada sisik itu memukau pandangan dan bila sang ikan sudah tidak bernyawa dibuang rakus oleh tangan manusia. Begitulah juga kaum hawa. Bila kita dedah kecantikkan pada bukan yang berhak selagi itu ramai mendekati dan bila habis madunya sepah dibuang. 

Akhir kalam, yang tertutup itu indah. Jagalah Allah necaya Allah menjaga kita Maira sayang. 

Allahurabbi. Mutiara jernih ini mengalir tanpa dipaksa. Tidak disangka sahabat itu berhati mulia. Aku tekad untuk berhijrah dan hijrah ini bukan kerna paksaan mahupun fashion. Aku pasti hijrah kerna paksaan tidak akan kekal lama dan hijrah kerna fashion bisa lenyap mengikut arus fashion itu sendiri. Aku ingin berhijrah kerana Allah. Hijrah aku untuk mencari redha Allah.




Syahid dirimu pada 1 Muharam


Hati memberontak keresahan. Jiwa makin tidak keruan. Ya Allah, petanda apakah ini ? Tergerak di hati untuk membuka laman sesawang itu. Lantas pantas jari jemari log in twitter. Terbeliak biji mata bila mana melihat status ahli pencinta si burung biru. Rata-rata statusnya mempunyai mesej yang sama. Pray for gaza ? Kenapa dan mengapa ? Apa yang sedang berlaku di sana ? Sebak menghuni kanta hati. Sang diri masih tidak berpuas hati. Jari jemari terus menari di atas papan kekunci dan search #prayforgaza. Beribu berjuta status mengenainya terpampang di skrin laptop. Ya Allah. Air mata ini tidak tertahan lagi. Mengalir dan terus mengalir berserta api kemarahan. 

Apa salah mereka ke atas kalian wahai rejim zionis israel ? Apa mereka pernah mencalitkan garisan kelukaan ke atas badan kalian ? Tidak pernah bukan ? Melainkan kalian yang telah membunuh berjuta nyawa yang tidak berdosa. 

Hari ini tanggal 1 Muharam saat umat islam bergembira menyambut tahun baru hijrah. Saudara seislam kita di sana berlumuran dengan darah. Gegendang telinga mereka dihadiahkan dengan alunan muzik bom dan peluru yang tiada penghujung. 











Mungkin kita tidak dapat pergi ke sana berjuang bersama mereka tapi kita tahu doa itu adalah senjata orang mukmin. Usah la kita menunding jari sesama sendiri. Usah lah berkata ah kamu tahu menghadap laptop sahaja. Berfacebooking sana sini. Update blog sepanjang masa. Makan. Shopping market sini shopping market sana. Tapi ayuh la kita menadah tangan berdoa semoga Allah menyalurkan kekuatan buat saudara di sana. Doa penduduk islam yang berjuta bisa menjadi bukit doa. Tabahkan jiwa dan bersabarlah wahai saudaraku, iringan doa dan sumbangan kami di jauhan tetap bersama anda wahai ahli gaza. 



Al-Fatihah. Syahid dirimu pada 1 Muharam wahai pejuang agama islam.


Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kemenangan kepada saudara kami yang sedang berjuang di jalanMu Ya Allah. 





Info from Aqsa Syarif.



Istikharah kunci sebuah persoalan


Aku melihat awanan biru. Aku tenung langit itu. Terlintas di minda untuk berkongsi dengan korang. Persoalan demi persoalan yang diasak suatu ketika dahulu bakal terjawab hari ini. Benarlah bila Allah nak bagi sesuatu hadiah, Allah akan uji dulu insan itu. Aku terima ujian mu ya Allah walaupun pada awalnya aku menangis bagaikan seorang ibu kehilangan anaknya.

Masih segar dalam ingatan aku. Waktu itu aku di antara dua persimpangan. Seandainya aku buat intersesi itu maka jam kredit aku belajar untuk semester seterusnya berkurangan dan seandainya aku tak buat intersesi itu aku bakal berhadapan dengan jam kredit yang banyak dan penat. Dan waktu yang sama juga aku sedang berperang dengan final exam. Hanya Allah yang tahu perasaan aku waktu itu. Mungkin bagi orang lain akan kata apa susah susah ambil je la. Buat apa nak pening kepala. Tapi bagi aku yang waktu itu mengalami masalah kewangan memang aku fikir masak semasaknya..

Sahabat sini nasihatkan aku ambil intersesi. Risau dia kemain. Takut aku tak boleh carry subjek untuk semester seterusnya sebab subjek untuk semester itu memang sangat mencabar. Sahabat sana pun bersusah payah kemain nak tolong daftarkan intersesi aku. Dalam hati aku sangat bersyukur dihadirkan oleh Allah sahabat sahabat yang sangat mulia hatinya.

Sampai satu tahap aku nekadkan hati buat solat istikharah. Aku penat dan pening dengan semuanya. Aku kembali minta petunjuk dengan Allah. Fitrah kita lebih perlukan Dia. Walau hebat mana pun kita berfikir dan buat keputusan tetapi seandainya kita berada diantara dua jawapan yang kita tak pasti lebih baik kita kembali kepada Allah. Bagi aku tak nak buat keputusan yang bakal buat aku resah gelisah.

Allah hadirkan jawapan untuk istikharah itu dalam pelbagai bentuk. Waktu aku nak isi untuk pilih group mana tu pelbagai masalah berlaku. Sampai sudah aku tak boleh nak pilih group. Suatu petang, masa tu hanya aku dan kakak senior yang ada dalam bilik. Kakak tu menghampiri aku dan dia tanya serius ker aku nak buat intersesi. Aku kata ya serius. Dan kakak tu kata tak payah la buat. Aku terkejut dan aku tanya kenapa. Dia kata dia yakin aku boleh carry subjek untuk semester seterusnya. Dia kata cuba fikir kita hanya ambil satu subjek dan bayaran dia RM200 belum lagi campur tolak peginapan dan belanja harian. Tak kesian ker dekat mak ayah. Belajar sungguh sungguh dan insyaallah boleh buat punya okays. Ya Allah terus aku rasa sebak masa tu.

Dan aku pun buat solat hajat dan aku tekad tak nak buat intersesi. Aku yakin Allah ada bersama orang orang yang berusaha. Masuk semester seterusnya memang la sangat padat dan penat jadualnya. Pernah aku menangis sebab aku rasa sangat letih. Hampir saja aku nak berputus asa tapi Allah itu maha penyayang. Dia hadirkan sahabat yang sentiasa memberi sokongan. Dan hari ini aku mampu tersenyum dengan apa yang Allah berikan. Alhamdulillah.

Tak rugi sahabat bila kita kembali kepada Dia. Sepintar mana pun perancangan kita tetap tak mampu menandingi apa yang telah Allah rencanakan buat kita. Allah's plan is the best for us.

Bila jendela hati disapa sang cinta




Terpancar sinaran mentari sebaik sahaja jendela dibuka. Tuala ku capai. Lantas diri dibersihkan. Aku bersyukur masih diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini. Aku bukan lah seorang gadis yang lincah bukan juga seorang yang pasif. Tapi pasti aku bukan seorang yang sombong. Bermadah pujangga di depan sang cermin puaka memang lah tidak habis. Beg direntap dengan rakus. Langkah kaki dihayun laju menuju ke gedung ilmu.

Tahun ini aku bakal menduduki ujian penilaian menengah rendah. Urgh korang bahasa remajanya PMR.
Bagi aku pmr tu bukan segalanya. Jadi dengan pandangan pintar remaja aku tidak ambil pusing dengannya.
Texting messaging chatting calling itulah rutin harianku. Bagi aku dunia ini ana yang punya. Pejam celik pejam celik akhirnya pmr berjaya aku lepasinya. Dan Allah itu masih lagi sayang dengan hambanya. Diberinya aku kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan itu. Aku mula leka. Alpa dengan ujian kejayaan Allah itu.

Makin hari jiwa aku makin parah. Aku lupa tentang dunia seorang pelajar. Aku tahu belajar kerana Allah itu jihad fisabilillah tapi bagi aku asalkan aku dapat penuhkan syarat pergi sekolah itu sudah cukup. Pergi belajar dengan jiwa yang kosong. Aku rasakan pembelajaran itu susah. Tidak senang seperti sebelumnya.

Hari berganti hari bulan berganti bulan kini aku merupakan seorang mahasiswa. Betapa bangganya aku. Keputusan spm aku tidak lah sehebat insan lain tetapi diri ini mampu lagi berdiri setanding insan lain. Disangka panas hingga ke petang tetapi rupanya hujan di tengah hari. Bagaikan dihempap batu. Beratnya ujian hati yang Allah berikan. Aku menangis meraung umpama seorang pesakit mental. Aku hilang arah. Hilang kekuatan diri. Aku cuba bangkit tapi aku rapuh.

Di suatu sudut aku berfikir, mengapa aku perlu bermuram durjana hanya kerna cinta palsu sang lelaki ? Bodohnya aku terlalu bergantung harap dengan seorang pria sedangkan aku ada Allah. Tuhan yang maha hebat. Dia yang tidak pernah jemu mendengar setiap keluhan hambanya. Ya Allah, kerdinya aku. Hinanya aku. Ketika senang aku lupa padaMu. Setiap panggilanMu aku sahut di penghujung waktu. LaranganMu menjadi kebiasaanku. SuruhanMu dipandang enteng olehku.

Kini aku sedar tiada cinta yang maha hebat melainkan cintaMu. Ujian yang kau berikan merupakan jambatan kekuatan hati ini. Tanpa tribulasi ini mana mungkin aku sedar akan nilaian cintaMu. Bila jendela hati disapa sang cinta manusia menjadi lalai. Dan bila jendela hati disapa cinta sang pencipta manusia akan bangkit dari mimpi yang panjang.


Bicara bersama bonda



Ya Allah Ya Tuhanku,
Mungkin aku tidak mampu membahagiakan
Ibu bapa ku dengan kemewahan dan kasih sayang..
Dengan pertolonganMu..
Perkenankanlah doaku..
Hanya doa yang dapat aku berikan kepada mereka..

'' Ya Allah..
Ampunlah aku, kedua-dua ibu bapaku 
dan kasihinilah kedua-duanya sebagaimana mereka mengasihi aku sejak kecil.."

Amin Ya Rabbal Alamin.


Usai solat doa dititipkan buat ayahanda dan bonda. Moga Allah berkati. Hujan rahmat membataskan pergerakan. Tapi itu bukan penghalang. Lantas peluang itu diambil untuk berbicara bersama bonda. Meluahkan isi hati. Melakarkan kasih sayang.

Benarlah bicara bonda itu memang menusuk kalbu. Walau pelajarannya terbatas pada waktu namun buah fikirannya terkandung hikmah tersendiri. Bicaranya bukan hanya bicara kosong. Bicaranya mampu mengetarkan hati dan mangalirkan mutiara jernih. Pada bonda aku luahkan segala masalah yang mengasak diri. Bonda tekun mendengar sambil mencipta solusi.

Kata bonda memang jalan berjuang itu sukar. Pelbagai onak dan duri. Tapi setiap dugaan itulah yang akan membuatkan kita tersenyum kelak. Bilamana memori itu diputarkan kembali di layar fikiran. Kita mungkin menangis hari ini kerana betapa sakitnya terpijak duri di jalan perjuangan itu. Tapi percayalah suatu hari nanti kita akan mengalirkan tangisan kegembiraan atas sabit sebuah kejayaan.

Bicara bonda lagi. Mungkin kita diuji dengan pelbagai bentuk ujian masa kita belajar. Mana tahu dengan izin Allah kita dapat pekerjaan bagus nanti. Sebelum nak capai kejayaan, Allah akan hadirkan pelbagai ujian sebab harga sebuah kejayaan itu perlu dibayar dengan kesusahan pada permulaannya.

Allah.. sebak di dada tak tertahan lagi bilamana mendengar setiap patah perkataan bicara bonda itu. Thanks Allah for giving me great mother ever. Alhamdulillah.


Bonda,
anakanda masih memerlukan petunjuk,
ke jalan kebahagian,
dunia dan akhirat,
setia mengajar erti kekuatan,
restu dan doa bonda iringkan,
terima kasih atas segalanya,
jasa bonda akan anakanda kenang,
kerana engkaulah ibuku..

Love letter for you,Sahabat :')



Ingin aku singkap kembali kenangan lama agar bersemi
Ingin ku ulangi kisah manis agar terus bersemadi
Ingat lah aku sebagai rakan mu.. kenang lah aku dalam doa mu
begitu indahnya kisah dahulu.. Engkau sebagai teman ku..

Perlahan-lahan diseka mutiara jernih itu. Rindunya pada insan bernama sahabat sudah tidak tertahan. Bertahun lamanya mereka terpisah atas sebab sebuah perjuangan demi Allah. Bukan tiada masa untuk berjumpa tetapi hakikat jarak yang memisahkan. Hanya doa mampu dilafazkan semoga perjuangan para sahabat sentiasa dibawah lembayungNya.

Memori lama kembali segar di kotak ingatan. Andai masa bisa diundurkan kembali pasti saat itu dia lah insan  paling gembira. Takdir Allah mereka dipertemukan di depan rumah Allah. Hanya perkenalan singkat akhirnya terjalin ikatan suci persahabatan. 

Disangka persahabatan itu bakal berakhir di situ. Tetapi sekali lagi kuasa Allah tiada siapa dapat tandinginya. Program rakan sebaya peringkat daerah sekali lagi mempertemukan dua sahabat yang saling merindui. Mereka persis kekasih tetapi hakikatnya bukan. Itulah manisnya ukhwah kerana Allah. Setiap ahli peserta dikehendaki mencari pasangan sahabat untuk bentuk satu bulatan dan mereka dikehendaki menyanyi lagu merisik khabar. Allah.. tanpa diduga mereka berpasangan. Di saat lagu dinyanyikan menitis air mata dua sang sahabat. Selepas program itu berakhir terus mereka terputus hubungan. Lama dan sangat lama. 

Masa berganti masa. Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Sang sahabat cuba menghubungi rakan itu. Alhamdulillah sahabat itu masih menggunakan nombor tersebut. Bertanya khabar itu dan ini. Bercerita itu dan ini. Dan tersentak hati sang sahabat apabila diberitakan rakannya itu telah kehilangan ibu tersayang. Mutiara jernih itu makin menitis. 

Maafkan aku sahabat di saat kau perlukan seseorang untuk berpaut. Aku tiada disisi. 
Ampunkan aku sahabat kerna tidak mampu menjadi teman terbaik buat mu.

Seribu kemaafan dipohon. Ingin sekali diri memeluk sahabat itu. Ingin sekali aku bertemu dengannya. Namun apakan daya masa belum mengizinkan. Buat mu sahabat, ketahuilah setiap detik engkau sentiasa dalam ingatan. Tidak pernah sekali pun aku melupakanmu. Tiap kali kerinduan itu bertandang hanya untaian doa mampu ku ungkapkan. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita bakal dipertemukan lagi.



Always remember you,
Sahabat :)









Kanta dunia integral



Seribu langkah ku susun taktala melihat papan tanda selamat datang itu. Terasa berkobar-kobar semangat dijiwa untuk melangkah ke dunia intelektual. Pang ! Pang ! Pang ! Pipi itu ku tampar bertalu-talu tanda tidak percaya.

Allah.. sebak didada ku tahan sedaya upaya. Bagaikan mimpi kini aku bergelar mahasiswa. Kata mereka dunia itu penuh dengan pancaroba. Kata aku dunia ini untuk insan terpilih. Mereka yang dipilih Allah untuk terus memajukan diri selari dengan syariat islam.

Hari berganti bulan. Bulan berganti tahun. Pembelajaran yang dilalui makin sukar. Diri ini makin rapuh serapuh daun maple yang gugur pada musim luruh. Menangis meraung mengadu hanya itu yang mampu aku lakukan. Kadang kala aku terasa give up untuk terus melangkah namun kekuatan itu harus disalurkan. Perjuangan ini hanya berbaki kurang dari setahun lagi. 

Ku tatap buku itu bagaikan tiada nafsu. Tiada sekelumit rasa untuk terus mentelaah. Sukarnya integral limit itu hanya Allah yang tahu. Beraksi bertinju bersama ribuan nombor buat mata aku berpinar. Belum lagi masuk formula yang perlu dihafal. Allah..


" Allah tidak akan mengubah nasib seseorang hamba melainkan dirinya sendiri mengubahnya "


Kenyataan yang berlayar di kotak fikiran aku itu buat diri ini tersedar dari lamunan yang panjang. Istighfar ku lafazkan tanda khilafnya diri ini. Aku mengambil wuduk  lantas menunaikan solat sunat taubat dan disusuli dengan solat sunat hajat.

Allah.. Aku tahu bukan saja-saja kau campakkan aku dalam dunia integral ini. Bukan saja-saja kau biarkan aku terus bergelumang dengan million nombor ini. Bukan saja-saja kau letakkan aku dalam dunia matematik ini.

Melainkan kau tahu apa yang terbaik buat diri ini. Melainkan kau lebih arif tentang keperluan insan kerdil ini. Melainkan kau mahu aku mengerti bahawa lihat lah dunia integral itu dengan kanta hati.

Allah.. seandainya suatu hari nanti aku makin rebah.. kau salurkan lah aku obor kekuatan agar aku bisa terus gah berdiri di pentas matematik ini. Aku ingin jadi seperti Al-Khawarizmi. Tokoh matematik islam terunggul. Insan yang berjaya menjadikan matematik dan islam suatu molekul yang tidak boleh berpecah.




Note : Islam dan matematik ibarat irama dan lagu. Suatu atom yang berkait rapat. Ingat,matematik itu indah. Ianya tidak sukar tapi sangat sukar seandainya kita tidak melatih diri untuk terus mencintainya. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Itulah kanta dunia integral.






One fine day and I know we will meet



Salam and yo yo what's up -.-

What so lah ? selalu stuck bila nak mulakan entri. Sebab tu kot selalu fail karangan bahasa melayu. Ok, nampak beno nipunya kan. Entri ini ditulis pada waktu semua jenis makhluk manusia sedang lena dibuai mimpi. Sebelum kita mulakan post yang mungkin super duper nak muntah keluar sayur hijau sikit. Jom baca doa dulu. Muslimah pulak aku hari ini. Bismillahirrahmanirrahim. Allahummaftah alaina hikmataka wanshur alaina min khazaini rahmatikaya arhamarrahimin. 

My dear future husband. Mungkin entri ini tidak sehebat orang lain. Mungkin juga tidak seindah bahasa tapi ianya tulus dari lubuk sanubariku. Cewaaah gituuu. Ada feeling sikit. Berpuitis itu bukan saya. Serius juga bukan saya. Gila gila juga bukan saya. Tapi saya adalah seorang yang hanya saya. Seorang yang serba kekurangan.

Saya tahu kita tidak saling mengenali. Kat hujung dunia mana  awak berada sekarang pun saya tak tahu. Apa yang saya tahu awak yang tertulis di luh mahfuz buat saya dan Allah sedang mengatur sebuah pertemuan yang lebih indah daripada fairy tales buat kita. Saya tidak mengharapkan awak seorang yang kacak. Tidak juga seorang yang kaya dengan harta. Tapi cukuplah sekadar awak yang menjaga rukun iman dan rukun islam. Seorang yang memiliki ilmu dunia dan akhirat. Seseorang yang boleh membimbing saya ke arah yang lebih baik. Dan insan yang boleh menjadi imam buat saya dan keluarga.

Awak,saya tak kisah macam mana pun kisah silam awak. Past is past. Apa yang penting kisah akan datang yang akan disinari episod kita bersama. InsyaAllah. Sebelum mencari soleh diri awak, haruslah solehahkan diri saya dulu. Setiap hari saya akan cuba jadi yang terbaik. Sebab dalam al-Quran ada menyebut lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.   

One fine day and i know we will meet with the halal way, InsyaAllah ! :') 

Love, your future wife.






#4 Ujian hati itu



Pandangan mata Insyirah masih tertumpah pada Aishah. Roomatenya itu selalu mendoakan dan membantu dirinya memghadapi pertarungan ini. Juga membimbing dia ke jalan kebenaran yang diredhai Allah.

Bibirnya diketap. Hatinya sayu mengenangkan dosa-dosa. Akhirnya, titsan jernih mengalir jua di pipi wanita itu. Lama sudah dia membelakangi Allah .

Ya Allah, ampunkanlah aku yang hina ini. Tak tertahan rasanya ya Allah dugaanMu ini. Ku pohon ya Rahman, jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai daripada dunia dan seisinya. Ya Jabbar, sesungguhnya aku memohon cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.

Ya Rahim, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka, jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.

Jadikanlah cintaku kepadaMu lebih aku utamakan daripada cintaku kepada keluargaku, diriku sendiri dan dunia seisinya. Hidupkanlah aku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu. Aku memohon perlindunganMu daripada cinta yang sia-sia. Aku hambaMu yang lemah ya Rabb. Tak mampu menolak ujian hati sebegini andai tiada bimbingan dan kekuatan daripadaMu.

Ucapan taubat itu benar-benar ikhlas dilafazkan. Rintihan taubat menjadikan seseorang hamba dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa. Dosa adalah penyakit dan istighfarlah syifa'nya. Bagi mengelakkan hati menjadi lalai maka dengan istghfar, insyaAllah, berupaya menjadikan seseorang hamba semakin menebal takwa dan imannya. Itulah yang cuba dilakukan Insyirah.

Dua tahun sudah berlalu. Masa berjalan begitu pantas. Udara sejuk bumi Scotland mengelus lembut pipi Insyirah. Terasa baru semalam kaki memijak bumi orang putih ini. Rasa baru semalam berpisah dengan umi, abah, opah, kak long, adik-adik dan semestinya Aishah.

Terbangnya dia ke bumi Scotland ini untuk menyambung masternya di University of Edinburgh,Scotland dalam bidang microbiologi.

Dia membuka tingkap apartment. Sekarang ini musim sejuk dan salji turun dengan lebat. Tergelak dia taktala mengingatkan dirinya yang sangat teruja melihat salji pertama kali di depan mata.

Terasa sejuk, dia mengenggam tangan. Asap nipis keluar daripada mulutnya. Pandangan mata tumpah pada sesuatu di jemari kanan. Bibir mengukir senyuman manis. Cincin belah rotan tersarung kemas di jemari halus wanita itu.

Ya, dia tidak keseorangan di bumi Scotland ini. Ada suami yang menemani. Seorang lelaki yang halal untuk dicintai. Benarlah, sekiranya cinta sebelum nikah itu betul-betul dipelihara, kemanisannya akan sangat dirasai setelah bernikah. Ada hikmahnya mengapa dia diuji dengan ujian hati dahulu. Dia selepas itu lebih berhati-hati agar cintanya tidak dilempiaskan pada yang sia-sia.

Duhai diriku, ingatlah Allah di mana-mana saja, nescaya Allah tidak sekali-kali melupakanmu. Sujudlah pada Allah, berlindunglah dari segala kejahatan yang nyata mahupun tersembunyi, dari kejahatan seluruh makhluk dan paling penting, berlindunglah pada Allah daripada kejahatan diri sendiri. Memang perit bermujahadah itu tapi yakinlah, perjalanan yang sukar pasti ada hikmahnya. Bersabarlah..

Biarkan Allah yang mengatur segala..
Semuanya akan baik-baik saja..
Semua akan indah pada waktunya..

#1 Ujian hati itu

#2 Ujian hati itu

#3 Ujian hati itu


#3 Ujian hati itu






" Tapi ana tengok kawan-kawan yang lain tu ok je. Tak rasa apa-apa pun bila berdepan dengan muslimin ? " Insyirah mencelah.

Aishah menarik nafas sedalam mungkin. Namun, senyum masih menghiasi raut wajahnya.

" Mungkin ada antara mereka yang sudah ada benteng mereka sendiri. Come on ukhti. Evaluasi diri. Jaga mutabaah, sibukkan dengan benda-benda baik, insyaallah akan buat enti tak fikir-fikirkan masalah ini ok," tangan Aishah merangkul bahu Insyirah.

Insyirah tersenyum kelat. Tanpa berkata apa-apa.

Beliau bersyukur kepada Allah SWT kerana walaupun dia sering lalai, tak kuat mengharungi jalan perjuangan ini, tetapi masih ada sahabat yang saling mengingatinya. Sudah pasti ia adalah satu anugerah dari Allah SWT.

sungguh, Allah itu ada di sisi hambaNya.

sifat pengampunNya mendahului kemurkaanNya,

" Dah la tu. Jom pergi makan tengahari. Nanti sakit perut pulak. Pagi tadi makan biskut je kan," kata-kata Aishah mematikan lamunan Insyirah.

dalam sepi dingin malam, Insyirah muhasabah diri, Usai membersihkan badan tadi, dia mengerjakan solat sunat. Berdoa dan bersujud kerana dirinya terasa jauh daripada kemanisan ibadah.

dia akui, belakangan ini, dia sudah hilang kemanisan dalam solatnya, zikirnya dan tadabbur Al-Qurannya.

terasa diri hina kerana sibuk menagih cinta manusia yang ternyata bersifat fana. Dan kini, di sepertiga malam ini, dia menyembah dan bersujud pada Dia yang memiliki segala cinta.

dia rindukan saat dan rasa nikmatnya ibadah itu. Sungguh, dia ini hakikatnya hamba Allah yang tak punya apa-apa.

dia tahu benar, andai hambaNya kembali dengan selangkah langkahan taubat, pastinya Dia mengampunkan dosa hambaNya. Namun, disebabkan nafsu, hatinya menafikan kemurahan sifat Tuhan sang pencipta.

Syirah, syirah.. tidakkah kau nampak semua itu ?

Mata terasa panas.

Insyirah bersyukur kerana Allah masih memaut hatinya ke arah kebenaran. Apa pun takdir yang menimpa dirinya adalah atas kehendak Allah SWT. Maka, sebagai hamba yang fakir, dia wajib dan ikhlas.

Insyirah menoleh ke arah Aishah yang masih lena. Dia memandang wanita itu dengan segumpal perasaan sayang yang mendasari jiwanya kala ini. Sebagai manusia biasa, jauh di lubuk hati, terdetik satu cetusan rasa kagum dengan peribadi Aishah yang begitu menjaga cinta yang belum layak lagi diserahkan kepada mereka yang tidak halal.

apatah lagi mereka berdua masih lagi bergelar mahasiswi. Cita-cita perlu didahulukan daripada cinta itu sendiri.

kejarlah cita-cita sebelum mengejar cinta. Kejarlah cinta Allah yang kekal abadi.






nantikan episod terakhir :)

#2 Ujian hati itu



" Masih fikirkan masalah yang enti cerita kat ana semalam ? " Aishah akhirnya duduk di sebelah Insyirah. tangan yang dibahu, di bawa ke jari-jemari Insyirah pula. digenggam erat.

Insyirah tersenyum tawar tanpa gula.

" Susahlah ukhti nak jaga hati ini. tak terdaya rasanya " Insyirah meluahkan.

" Ukhti, Ukhti.. memanglah susah ukhti nak jaga hati ini. Siapa kata senang ? sebab itu kita kena ada benteng kita sendiri. ingat tak ceramah Ilaajul Qulub kelmarin ? ingat tak apa ustaz tu cakap. err.. apa nama ustaz tu? Allah.. ana lupa pula." Aishah mengaru dagunya sambil matanya memandang dinding surau, cuba mengingati nama ustaz tersebut.

terimbas seketika ceramah bertajuk "Al-Qalbu kunci dalam mencorakkan peribadi unggul " yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Usuluddin di universitinya. Memang bagus ceramahnya. Terasa bi'ah solehahnya di dewan itu yang rata-ratanya dihadiri kakak kakak Fakulti Kotemporari Islam ( FKI) yang majoritinya bertudung labuh. Ada juga yang berpurdah.

" Ukhti ni.. Ustaz Syed Hadzrullathfi lah nama ustaz tu.." Syirah menjawab. Mahu tergelak juga rasanya bila melihatkan Aishah yang bersungguh sangat memikir nama ustaz tersebut.

" Oh ye ke, ana lupa la ukhti. Ha, ingat tak apa ustaz tu cakap untuk menjaga hati ini ? "

Insyirah mengela nafas panjang. " Ala Aishah ni, orang tanya dia, dia tanya orang balik."

" Jangan pernah redha dengan maksiat ? " Insyirah menjawab kembali dalam nada bertanya.

" Lagi ? "

" Tak bersungguh nak berubah ? "

" Lagi ? " Aishah seronok bertanya sambil tersenyum nipis.

" La.. enti ni. Ana tanya enti, enti tanya ana balik." Insyirah menampar bahu Aishah.

Ketawa Aishah pecah.

" Sakitlah ukhti." Aishah memegang bahunya. Terasa sengal seketika.

" Tu la, buli orang lagi."

Aishah menarik nafas dalam. Memandang Insyirah sekilas sebelum memulakan bicara.

" Apa yang ana dapat tangkap pasal ceramah semalam, hati ini ukhti, kalau tak dididik, tak ditarbiyah, tak dipupuk, lama-lama hati kita ini akan kotor. Dan ruang untuk menjadi orang yang ingkar terbuka luas. Cuba enti semak kembali macam mana mutabaah ( jadual muhasabah ibadah ) enti sampai enti ada masalah hati dengan muslimin ini. Ana kira, andai kita betul-betul menghayati dan menjaga mutabaah kita, insyaAllah, hati kita terpelihara. Betul tak ukhti ? "

Insyirah mengangguk. Mengiakan. seketika cuba bermuhasabah kembali mutabaahnya yang tak terjaga akhir-akhir ini disebabkan terlalu banyak mesyuarat untuk program islamik yang dikendalikannya. Mungkin inilah sebabnya aku jadi begini.

" Enti cakap kat ana semalam, enti mula ada masalah hati dengan muslimin ini bila enti dilantik untuk uruskan program tu kan ?"

Sekali lagi Insyirah mengangguk. Ya, dari situlah aku mula kenal dengan muslimin itu.

" Ukhti, enti kena ingat. Yang enti nak buat ni program islamik tau. Nak menyampaikan dakwah kepada masyarakat di luar sana. Andai enti sendiri sebagai pemimpin dah tersilap langkah, berdakwah dengan hati yang lagho, bagaimana dakwah enti nak berkesan ? "

Senyuman masih tak lekang dari wajah bersih Aishah.

" Ukhti, ingat tak apa kak Mardiyah pernah cakap masa usrah kita ? Dia kata, jangan ingat enti buat maksiat ni, tidak memberi apa-apa kesan dalam hidup kita. Dan ana sangat terkesan dengan ayat tu. Ana ingat sampai sekarang ni."

Insyirah diam tak terkata. Tertunduk dia seketika sambil memintal hujung telekung yang masih tak dibuka. Kini, tinggal dia dan Aishah sahaja di dalan surau tersebut. Jemaah yang lain sudah lama beransur pergi.

" asas segala kelalaian dan nafsu syahwat adalah kerana kita redha dengan nafsu dan maksiat yang kita lakukan. Dan asas ketaatan kepada Allah adalah kesedaran untuk merubah diri kita. Ana tak nafikan ukhti, dalam kita bermuhajadah tak nak melakukan maksiat, ramai antara kita tersungkur kembali. Itu memang fitrah ukhti sebab bila kita nak berubah, kita takkan boleh secara mendadak. kena perlahan-lahan.."

Insyirah merenung kembali Aishah, cuba menghadam point-point yang dilontarkan.

" dan itulah yang enti perlu lakukan sekarang ini. Bangkit semula ukhti. Ingat, enti adalah da'ie ! Jangan mengalah pada syaitan yang takkan mahu kita bangkit kembali apabila kita dah tersungkur ! Cuba ya ukhti. Jangan risau. Ana akan sentiasa bagi sokongan kat enti. Bila hadiri meeting nanti, cuba tajdid ( perbaharui ) niat dan kawal pandangan "

" Tapi kan ukhti, ana perasan, bila ada meeting je ana akan rasa excited. Entah la mungkin sebab dapat jumpa dengan dia tu ? Tapi dalam masa yang sama, ana cuba jaga pandangan. Ana tak tahulah ukhti. Kadang-kadang terserempak dengan dia pun ana dah jadi tak betul." Insyirah akhirnya bersuara.

" Astaghfirullahal'azim Syirah.. jangan macam tu. Rosak hati enti nanti bila enti berterusan begini. Ingatlah ukhti, sifat soleh muslimin itu, Allah yang ciptakan. Maka cintailah Dia yang menciptakan sifat soleh itu sendiri. Ana faham masalah enti ni. Bukan menimpa enti sorang sahaja. Bahkan, menimpa juga para da'ie di luar sana yang gagal menjaga hati dalam melakukan dakwah."

" Jangan putus asa, Insyirah. Allah Maha Bijaksana. Kita sama-sama muhasabah kembali. Cinta Allah itu sendiri kita masih merangkak-rangkak untuk mencari apatah lagi mahu mencari cinta manusia pula. Kita ni sebagai hambaNya sentiasa diuji. dan ujian setiap orang itu berlainan."

" Ada yang diuji pelajarannya, ada yang diuji kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa, ada yang diuji kemiskinan, penyakit yang tak dapat diubati.. tapi bagi enti, Allah sediakan ujian sebegini," Aishah mengulas panjang.

Alhamdulillah, kata-katanya itu semua ilham daripada Allah SWT untuk disampaikan kepada sahabat di depannya ini. Sayangnya dia pada Insyirah hanya Allah yang mengetahui. Mungkinkah itu yang dinamakan ukhuwah fillah ( persaudaraan kerana Allah SWT) ?



nantikan sambungannya.. Assalamualaikum..




#1 Ujian hati itu

Ujian hati itu sangat sukar.. beruntung la bagi yang diuji.. tanda Allah masih sayang..
kisah yang bakal diceritakan ini adalah kisah dari sebuah naskah yang diberikan oleh seorang kawan kepada saya suatu ketika dahulu.. moga dapat dijadikan iktibar..


Insyirah mengintai ke luar jendela yang dibuka sedikit untuk melihat mentari tengahari. menyaksikan padang universitinya yang dibasahi hujan yang turun sejak subuh tadi. sudah 3 hari hujan turun tiada hentinya. keadaan ini biasa berlaku di negeri-negeri di pantai timur.

hujung tahun bermakna mulanya musim tengkujuh. tidak pernah terdetik di fikirannya akan tercampak ke negeri Terengganu ini. masakan tidak, dari kecil hingga kini, tak pernah dia berenggang dengan keluarganya sejauh ini.

seluruh perasaan masih merintih akan masalah yang masih memberati fikirannya. saban masa, dia bersungguh-sungguh berdoa agar Allah membendung perasaan kasihnya terhadap seseorang yang membuatkan hatinya kini gundah gulana. alangkah merananya dia dalam keadaan ini. hatta ibarat terkena minyak pengasih.

" Ya Allah,suburkanlah cintaku padaMu.." rintih Insyirah.

Insyirah terduduk dan beristighfar.

" Susahnya bila ada masalah hati ni," keluh Insyirah.

dia mengeluh sambil tangan menarik kerusi belajar. usai duduk, dia mencapai buku mikrobiologinya. otak sudah diset untuk menyiapkan lab report yang tertunggak sedari pagi tadi dek kerana melayan lamunan yang entah apa-apa. seketika,dia membaca doa belajar yang ditampal di dinding meja studinya. sedang tangan ligat menulis introduction of morphology dan characteristic of bacteria pada kertas kajang, azan zuhur berkumandang dari masjid berdekatan . sayup-sayup saja kedengaran laungan kemegahan itu dek kerana kedudukan masjid itu jauh.

habis saja dia membaca doa selepas azan, dia mengejutkan Aishah, rakan sebiliknya yang sedang tidur. Qailullah ( tidur sebentar sebelum waktu Zuhur ) katanya.

" Sha, Sha bangun. Dah azan dah.." sambil memanggil, dia mengoyang-goyang bahu Aishah.

Usai solat zuhur berjemaah di surau asrama yang dipimpin oleh seorang muslimin, Insyirah masih berteleku di atas sejadah. Memikirkan masalah 'hatinya'.

"Ya Allah, kenapa masalah ini juga yang terbayang-bayang ? Berdosanya aku mengabaikan-Mu."

Insyirah memejam mata sambil tangan kiri memicit pelipisnya. tanpa disedari, bibirnya mengeluh. cukup kuat untuk didengari Aishah yang sedang melipat sejadah.

Aishah memandang Insyirah sekilas.

"Syirah.." Aishah memanggil lembut.

Dalam mata yang terpejam, Insyirah masih bermonolog.

" Tu la Syirah, kenapa tak jaga pandangan tu.."

" Syirah.." Aishah masih setia memanggil.

" Kan susah sekarang. Bukan kau sendiri tak tahu,daripada pandangan yang tidak terkawallah, hati boleh rosak."

"Syirah.." kening Aishah sudah berkerut.

" Parah ni. 3 kali panggil tak berjawab."

lantas, kaki melangkah ke arah Insyirah. bahu rakannya itu disentuh lembut. mata Insyirah terbuka. memandang Aishah yang merenungnya dengan senyuman.



to be continued.. wait yaa (!)




ceritera cinta hatiku


Love story let's make a history
sejarah kisah cinta kita menguasai bumi
mengalahkan semua yang paling terindah

love story let's make a history
biarpun seribu bencana meremukkan tubuh kita
namun cinta kita tetap utuh

mendengarkan bait-bait lagu itu terdetik di hati kecilku untuk kongsikan ceritera cinta hatiku.. bagi aku kisah cinta aku takkan sama dengan insan lain.. kisah cinta aku persis permata yang berharga.. 

kasih sayangnya pada ku melebihi isipadu.. semakin aku memberontak semakin dia mendekati.. bahkan makin dekat dan sangat dekat.. manusia dilahirkan dengan banyak kekurangan.. aku juga tidak terkecuali.. bercakap kasar itu aku.. menyakiti hati orang itu juga aku.. berlagak pandai dalam semua hal juga aku..
saat semua orang tiada di sisi aku..  ketika semua manusia menjauhi aku.. dia sentiasa ada untukku.. 

baiknya dia tiada tandingan.. sentiasa memberi walaupun aku ini angkuh sombong.. tidak pernah lelah memberi teguran buat ku.. jarang sekali menyerah kalah saat aku melupakannya.. beribu batu aku bergerak.. tidak selangkah pun dia tinggalkan aku.. 

makin aku asyik dengan duniawi.. makin kerap dia memanggilku.. katanya supaya aku tidak lupa yang dunia ini hanya pinjaman.. hanya persinggahan sebelum aku tiba di destinasi yang sebenarnya.. destinasi di mana semua manusia akan dibangkitkan kembali.. 

orang lain dating.. aku juga dating.. awesome dating you know.. tak perlu keluarkan sesen duit pun.. sepanjang masa dating aku lah banyak cakap.. pot pet pot pet sana sini.. dia menjadi pendengar setia.. dia tahu semua rahsia hidup aku.. kadang-kadang tak perlu aku cerita pun.. sweet sangat couple dengan dia..

korang ingat korang je ker ada couple ?  hello you olss.. aku pun ada.. dia very very very perfect okay.. korang pun tak mampu nak tandingi nya pun.. dia adalah Allah swt.. the master of judgement day..
mohon la kita semua having a great and blessing couple with Him.. tak rugi pun bahkan kita semua akan dapat merasai betapa indahnya bila kita makin dekatkan diri denganNya.. 

I need Allahu
and the hearts all over the world tonight
I said there's hearts all over the world tonight
what can I do ?

Rabbee ighfirly Fa antal Kareemu Wa'fu ya Rabbee fa antar-Raheemu !

itu adalah antara lirik lagu with you islamic version by Raef. 
peace with iman (!)





Gagal ? Itu langkah pertama untuk berjaya !



 saya gagal masuk universiti.. mesti ramai yang akan pandang sebelah mata jee dengan saya.. entah entah tak pandang langsung.. gelap la masa depan saya.. hey guys.. please stop thinking like this ! tak dapat masuk universiti sekarang tak bermakna diri anda gagal  untuk selama-lamanya dan tak bermakna juga masa depan anda gelap.. mungkin Allah nak sediakan sesuatu yang lebih baik buat kalian.. lebih baik okayy.. positive thinking with Allah.. 

ala,dia boleh la cakap cenggitu sebab dia dah masuk universiti.. sedang mendaki puncak kejayaan dah pun.. boleh la nak cakap lebih lebih..  and bla bla bla..

honey.. yes,u're right  tapi sayang.. saya dulu pun pernah merasai peritnya gagal.. pernah dan sekarang pun saya tak pernah terlepas daripada tribulasi gagal itu.. tapi apa yang saya buat.. saya bangkit dari zaman kegagalan itu.. payah.. memang payah.. tapi hati tu sayang.. kena kuat.. kena teguh..  di luar sana banyak lagi cabang kejayaan yang sedang menanti kita.. jangan kerana ranting kegagalan itu kita terus terduduk.. Allah kan dah janji.. dia tak bagi apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu.. cantik kan sayang susunan Allah.. Allah's planning is the best..

apa yang penting sekarang sayang kena la bersangka baik dengan Allah.. sapu air mata mu sayang.. dan ingat la gagal hari ini bukan bermakna hari esok dan hari seterusnya sayang terus gagal.. ianya baru permulaan.. itu langkah pertama untuk sayang berjaya okayyy..

orang kata form 6 itu ini dan begini begitu.. matrik belajarnya cepat la payah la.. tidak sayang tidak.. persetankan sahaja kata-kata mereka.. go and grab peluang itu.. kita tak tahu kan perancangan Allah.. mana tahu Allah dah tetapkan rezeki kita di sana.. do your best.. do your part and let Allah do the rest..


" kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal.. tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah "




Tangisan seorang sahabat


" sahabat.. aku rindu kau.."

Usai membaca diari teman menangis dan ketawa itu aku bangkit menuju ke koridor.. mencari sedikit ketenangan menerusi ciptaan Allah yang indah itu.. subhanallah.. indah seindah ciptaanNya.. awan itu cantik tapi itu Allah yang punya.. pokok itu tumbuh menghijau tapi itu Allah yang punya.. angin itu lembut menyapa diri tapi itu juga Allah yang punya.. hatta diri ini pun Allah yang punya.. Allahuakhbar.. Menangis diri ini bila terkenang betapa kerdilnya aku di sisiMu..

“ Alya.. buat apa di sini ? ”

“ Menghirup udara segar ummi..”

lantas ku seka mutiara jernih itu.. mudah-mudahan ummi tidak nampak.. namun naluri seorang ibu terlebih dahulu memahaminya..

“ ummi lihat kebelakangan ini Alya asyik termenung jee.. ada masalah cerita dekat ummi.. anggap la ummi ini sahabat Alya bukan sekadar ibu..”

Allah.. beruntungnya aku ada seorang ibu yang sangat memahami anaknya.. ku peluk ummi ibarat tidak mahu melepaskannya.. aku menangis dalam dakapan ummi.. betapa beratnya ku rasakan masalah itu..

“ ingat nak.. Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya.. bersyukurlah.. itu tandanya Allah masih sayangkan anak ummi ini.. jika Alya rasa ujian ini berat untuk Alya ingatlah perjuangan para nabi dan sahabat suatu ketika dahulu.. mereka lagi hebat diuji tapi mereka tak pernah berputus asa.. mereka masih lagi bangkit demi islam tercinta.. ummi tahu dan kenal anak ummi.. anak ummi seorang yang kuat.. anggap la ujian ini untuk Alya lebih kenal dengan pencipta sebenar Alya..”

“ ummi.. Alya rasa Alya tak mampu nak hadapi ujian ini.. ummi tahu kan.. tanpa sahabat di universiti kehidupan di sana ibarat keseorangan.. Alya perlukan sokongan sahabat di sana.. Alya perlukan sahabat dalam perjuangan ini..”

“ shhh.. Alya dengar cakap ummi.. memang dalam kehidupan ini kita memerlukan sokongan seorang insan bergelar sahabat tapi Alya ingat tak kisah Maryam.. beliau melahirkan seorang putera tanpa sentuhan seorang suami.. dicaci dihina dikeji.. tapi semua tu tak sedikit pun melemahkan semangatnya dalam misi perjuangan mencari redha Allah.. bahkan beliau percaya setiap ujian itu ada hikmah yang tersirat dan tersurat.. beliau percaya Allah ada disisinya.. jadi Alya kena ingat walaupun perjuangan Alya tidak ditemani sahabat tapi Allah sentiasa ada untuk mendengar setiap keluhan dan rintihan Alya.. Alya tidak keseorangan..”

Bicara ummi menyedarkan aku bahawa aku tidak keseorangan di taman ilmu itu.. khilafnya aku.. Ya Allah.. ampunilah aku.. sahabat.. dia insan yang sentiasa ada dalam suka duka aku.. dia yang selalu buat lawak ‘bodoh’ antarabangsa bersamaku.. kini telah tiada menemani aku di taman ilmu itu.. dia pergi meninggalkan kami akibat penyakit barah otak.. ku doakan moga kau aman di sana sahabat..

Seditik bersamamu itu lah kenangan paling manis.. memori bersamamu menjadi lukisan terindah dalam hidupku.. moga jalinan ukhwah ini hingga jannahMu walaupun kau terlebih dahulu pergi meninggalkan aku di sini..

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.. sahabat sejati menjadi pendorong impian.. sahabat mulia membawa kita ke jalan Allah.. ukhuwwah fillah abadan abada..


Liku-liku taubat seorang insan



Gelap pekat di sini.. di mana aku.. Ya Allah di mana aku.. kenapa tiada seorang pun yang aku kenali di sini..
aku merintih menangis mengadu dengan Allah.. dia yang tersenyum di sana.. siapa dia.. 
kenapa dan mengapa dia muncul di saat aku keseorangan  dalam dunia yang gelap ini..
pelbagai persoalan dibenak ku hanya disambut dengan sebaris senyumannya..

aku cuba bangkit tapi baru sejengkal cuma aku terjatuh kembali.. aku cuba bangun lagi walaupun sukar namun aku gagal.. aku menangis.. sukarnya saat ini.. di mana rakan sahabat kawan yang gemar menghabiskan masa bersama aku dulu.. kenapa mereka tiada di sisi aku saat aku perlukan mereka ?

" Bangkitlah.. bangun la.. berpaut la pada dahan itu.. islam tidak mengajar kita berputus asa.."

suara itu.. aku mencari suara itu.. aku berpaling pada suara itu namun aku hampa.. siapa yang berkata sedemikian.. di mana perempuan yang wajahnya suci bersih tadi tu..  lantas aku terduduk..

"  Allah tidak akan menguji seseorang melebihi kemampuannya.. "

suara itu.. kenapa suara itu muncul lagi.. Allah.. apa petandanya.. Kali ini dalam suram itu aku cuba mencari jalan keluar.. cuba mencari arah untuk aku pergi dari tempat yang menakutkan itu.. dan ketika arah itu ku temui.. perempuan tadi muncul.. senyumannya penuh misteri.. 

" Islam itu mudah.. Allah itu maha pengampun.. 
bertaubat lah sebelum masa mu tiba.. "

dia tinggalkan aku dengan seribu satu persoalan di sebalik kata itu.. aku melangkah laju meninggalkan tempat yang penuh misteri itu..

Doktor.. doktor.. panggil sang ibu sambil mengucap syukur ke hadrat illahi.. anak yang dijangka hayatnya hanya sementara tapi kuasa Allah menyedarkan kembali anaknya daripada lena yang panjang..  lantas dahi sang anak dicium bagai melepaskan rindu yang sudah tidak tertahan lagi..

saat mata ku terbuka.. aku bertanyakan kepada ibu di mana al-Quran.. terkejut bukan kepalang sang ibu..
dan dihulurkan al-Quran itu kepadaku.. al-Quran yang menjadi peneman ibuku di saat aku bertarung dengan maut.. di saat aku tidak sedarkan diri dalam waktu yang lama..

Ya allah.. kejamnya aku... hinanya aku.. selama bertahun aku hidup di dunia baru kali ini aku sentuh kitabMu.. baru kali ini aku ingin membacanya.. aku islam tapi islam aku sekadar dalan ic..
bertahun aku melupakan Mu namun tidak sedikit pun kau menjauhi aku.. 
Ya allah.. khilafnya diri ini.. Ya allah.. ampuni aku.. 
 berjujuran mutiara jernih itu jatuh..

"Eh kau Naimi buat apa di sini.. termenung jauh nampak.."

Panggilan itu menyedarkan aku daripada lamunan.. lamunan tentang kisah sebelum aku berubah.. sebelum aku bergelar seorang muslimah dan seorang islam dalam erti kata yang sebenar hari ini.. benar la hidayah allah itu perlu di cari bukan hanya menanti tanpa usaha.. lantas ku tamatkan kisah novel " liku-liku taubat seorang insan " dengan sebaris ayat..

Kadang kala perubahan itu memang sukar.. memerlukan banyak pengorbanan.. namun pengorbanan itu la bakal memberikan kemanisan berpanjangan.. Insyaallah..






Syahada buat Teman



“David, can you help me please. I had lost one of the most important things in my life but I can get it back by solving some tricky questions. I hope you can help me.”

Stephan David. Salah seorang kawanku yang sama-sama menuntut di University of Nottingham, England. Hampir empat tahun aku mengenali David, sejak tahun pertama aku menjejakkan kaki ke bumi England pada 2000. Tahun ini merupakan tahunterakhir  aku di England dan aku ingin menghadiahkan sesuatu yang berharga kepada David.

‘Danial, what happened? How I can help you’

‘It’s too complicated to tell here. Where are you now? Maybe we can meet somewhere nearby?’

‘ OK. Now I was at bar near Nottingham castle. Maybe we can meet at café house in front the castle. I wait for you there’

‘Okey. I will be there in 20 minutes. See you there.’

Aku meletakkan handset ku di atas meja dan mula bersiap. Jam menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.aku mengambil beg sandangku dan terus menuju ke café house yang ditetapkan. Ku harap segala rancanganku untuk david berjalan lancar. Segala kertas dan maklumat yang diperlukan ku bawa bersama di dalam beg sandangku.

Hello David. Sorry I’m late. A little traffic jam occurs.’

‘it’s okay. Let’s have a seat please. Do you want coffee or tea? Eat?’

‘Thank you. Only tea. I already ate at home. ’

“Sir, may I have another cup of tea, with cream but less sugar.”

Aku hanya tersenyum. David sememangnya ingat minuman kegemaranku. Walaupun berpuluh-puluh kali kami keluar minum, hanya itulah aku pilih. Kadang-kadang aku makan roti dan telur.

'So, what’s  the problem?'

'Today, somebody entered my room. He took my pasport and left a message. Here the message.'

Aku pun memberikan sekeping kertas kepada David. David kehairanan tentang mesej yang di tinggalkan tu.
Why don’t you make a report at police station?'

' But he called  me after the robbery. He told that not to report to police or he will burn my passport. And one more thing if I report to police, police will say that it was my mistake because I was too careless.'

'Then, anything else he took except passport.'

'No. He only took my passport. All my money and bank card he did not take at all.'

'What a weird guy. Why he want to take your passport? He cannot use it at all. One more thing, why he left the message to you in form of riddles?'
'I don't know. Maybe he just wanted to play hide and seek with me. Do you have any idea about the riddles?'

'No. I don't have any idea now. What means by it really close to you, three in dark two in bright, always come in sweet seventeen? When you fall in a deep hole, only two branches can help you?'

'I also don't know. What can I think only each sentence has its own numbers. Maybe a code of some place in Nottingham.'

'Maybe it is one of the possibilities. Do you have any pen or paper? I want to calculate it. Maybe I can get the answers.'

'Here it is.'

Aku menghulurkan pen dan kertas yang kuambil dari beg sandang kepada david. Muka david kelihatan berkerut-kerut memikirkan jawapan kepada masalahku. Aku amat beruntung mempunyai kawan seperti david yang sanggup membantuku ketika dalam masalah walaupun kami berlainan bangsa dan warna kulit.

“ Allahuakbar... Allahuakbar......” deringan hensetku menandakan masuk waktu solat Zuhur. Aku segera menghabiskan minumanku dan bersiap untuk ke masjid berhampiran.

'David, I want to pray first. If you can solve the mystery, call me.'

'Ooo.. okey. I will call you. See you again.'

'I forget. What about the tea? How much?'

'Hahaha. Today I will pay for you. After I solve your mystery, you must pay me back.'

'OK. I promise.'

Aku menyusuri laluan pejalan kaki dan menuju ke istana Nottingham. Disebelahnya terdapat majid berdekatan. Aku berharap David dapat menyelesaikan masalahku itu. Kurang lima minit, aku menjejakan kaki ke masjid Nottingham.

“tut...tut...tut”

1 message receive. Itulah paparan terpampang pada skrin hensetku. Selesai berzikir dan berdoa, aku membuka inbox hensetku. Rupa-rupanya david menghantar sms kepadaku.

 “Danial. I already got the answer for your riddles. So when we can meet?”

Aku agak terperanjat. Tak sangka david dapat menyelesaikan maalah itu dengan pantas. Aku kemudiannya membalas mesej david.

“Okey... but I got 1 more riddles. This the location of my passport, the 'place that has the tallest building in the world.' do you know the answer?

“Yes, I know the answer. Do you still pray? Maybe I will meet you there and we will go together to take your passport back.”

“OK. I wait you here”

Hatiku tersenyum girang. Aku berharap David betul-betul dapat menyeleaikan masalahku itu dan aku dapat passportku kembali.

'Hai, Danial'

'Oh... David. So where we are going right know? What place ha the tallest building in the world?'

'Nowhere. Here the place the tallest building in the world.'

'Ah...why???'

'Because the tallest building in the world now did not reach moon and star, but this building reach until moon and sky. That why it is the tallest building in the world.'

'Wow... you are great, I did not think about it although I always come here. So let come in and ask somebody about my passport.'

'Wait...wait. I think better I explain to you and you go inside and ask them. I will wait you here.'

'Hah... Why?'

'This place is holy to people like you, I mean Muslim. I don't think I should go inside. What the other people will say?'

'Oh.. it's okay. Anybody can enter this place. Come on. I really need your help right now. You come with me, nobody will say anything bad about you. Don't worry.'

'I'm still scared... but I think it's okay with you.'

Kemudian……



Danial:  Assalamualaikum.... sir. Do you know about one passport left in this mosque? Maybe in this

morning. Do you have any information or you see it?
Ustaz:   Waalaikumussalam... you must be Muhammad Danial Yusuff. Somebody said that you will
come to get you passport back. But you must answer 3 questions. I think you know the
              questions and the answer.
Danial: Yes, it is my name. But I don't get the answer yet. My friend could help me. Can't he?
Ustaz:   It's okay. You can call him right now..
danial:  David, come here. I found my passport. But the key to take it back are the answer. I really
              hope to you. This is Muhamad, leader of this mosque.
David:   Okey. I'll try my best.
Ustaz:   The first question, When you fall in a deep hole, only two branches can help you. The   
              second, What means by it really close to you, three in dark two in bright, always come in  
              sweet seventeen.
David:  For the first, it about syahada. Each of Muslim know this, start with “believe no other God
              except Allah” and second part “believe that Muhammad is Messenger of Allah.” this two part
             tell about two branches, and dark hole mean you lost from real way of Islam. For the
             second question, it also about Islam. Prayer. Every Muslim must pray 5 times a day, 2 at the
             daytime, 3 at night. If we total up all the prayer, we will get 1 same procedure but repeat to
             17 times. That was the answer that I could figure out.
Ustaz:  That’s correct. How you could figure it out although you not Muslim.?
David:  My friend Danial always talk to me about Islam. He also pray everyday and sometime read
             The Holy Quran. That why I know a little bit about Islam.


Aku hanya tersenyum. Tak ku duga david dapat menjawab soalan itu dengan tepat sekali. Aku harap soalan ketiga dapat dijawabnya dengan tepat dan mendapatkan kembali passport ku.

Ustaz:  This the last question. If you can answer this, I will give back your friend’s passport. The
            question is ‘ you know me, I want you, but you far away from me. Please grab me and I will
            help you.’
david:  Wait a minute. I don’t know about the third question. How can I answer the question?
Denial: I also don’t know but I believe you can answer the question.
David:  OK. I will try...the first question and second about Islam, I think the third must be also about               
             Islam. But what the riddles means… Ooo… I know the answer. The answer is ISLAM. I know
             Islam but….
Ustaz:  So, why do you don’t take Islam as your religion? You know that islam is the best way of life.    
            You already know that Islam can give you happiness and can save you. so, why you didn’t 
            choose Islam? This is the real meaning for the last question. I know you have the answer.
            I want to ask you, would you like to become a Muslim?

                David hanya terkedu. Matanya memandang ke arahku. Aku hanya mengangguk tanda bersetuju jika dia menerima Islam sebagai agamanya. Aku akan menjadi insan paling gembira jika dia memeluk agama islam.

David:  Yes…. I would like to become a Muslim.
Ustaz: Absolutely. But before that why you want to become a Muslim. I don’t want you become a 
            Muslim because I  ask you to do so or because you want to get your friend’s passport back. I 
            want you to accept Islam by yourself.
David: Actually I want to revert into muslim long time ago since I meet dAnial, but at that time I think I’m  not ready yet. But now I’m really sure I want to enter Islam.  So I hope you can teach me how 
            to become a great muslim.
Ustaz: Of course. First you need to say syahada, just follow what I said…. Asyhadualla ilaha ila
            Allah…. Wa asyhaduan na Muhammadul Rasulullah…
David: Asyhadualla ila ha ila Allah…. Wa asyhaduan na Muhammadul Rasulullah…

Begitulah kalimah agung syahadah bergema di masjid Nottingham. Air mataku mengalir tatkala melihat rakan karibku itu memeluk Islam, rancanganku telah berjaya.

‘I’m glad to see you accept Islam. Actually I plan this riddles so you could remember about Islam and accept Islam as your religion. I’m happy to see you finally accept Islam. This the present that I want to give to you before I return to Malaysia next month.’
‘Thank you very much friends, I’m glad you show me the real path toward success, with Islam. This the best gift ever from you. I’m glad to have friends like you.’





nukilan khairil aziat
1st year medical student of vsmu
naib johan pertandingan menulis cerpen
Bulan Imam 2012





Penulisan ini bukan kerana nama