♬♪rakyat jelata♬♪

Dari kejauhan mata

Pandangan mata kasar.
Jaraknya hanya sejengkal cuma.
Tapi hakikatnya jauh.

Suara halus dasar hati berkata.
Pergi katakan padanya.
Dialah susuk tubuh.
Selalu hadir dalam mimpi lena mu.

Iman menghalang.
Malu menjadi perisai.
Terkelu lidah termati bicara.

Dari kejauhan mata.
Aku melihat kamu.
Hanya doa pengubat rasa.


No comments:

Post a Comment

thanks for your comment ^^

Penulisan ini bukan kerana nama