♬♪rakyat jelata♬♪

Di hujung jari itu ada sakit pemberian Allah

Assalamualaikum..


Hari ini aku sangat sangat lemah.. demam.. ujian kesakitan pemberian Allah bagi menghapus dosa dosa kecilku.. Alhamdulillah.. Dia masih uji aku tanda dia sangat sayangkan aku.. Dia mahu aku sentiasa dekat denganNya..

tidak semua manusia terpilih untuk diuji.. seharusnya kita bersyukur kita diuji.. tanda Dia rindu kita..
 rindu untuk mendengar setiap keluhan dan rintihan kita dalam setiap rangkaian doa kita..

sengaja aku letak lagu destinasi cinta ini dalam blog.. mudah-mudahan ia bisa menjadi bingkisan hati walau hanya sekadar nasyid.. fahami maksud di setiap lirik lagu itu.. pasti tersentuh sanubari..

cuba kita perhatikan jari.. ianya hanya sekadar jari bukan ? tapi disebalik jari itu terselit seribu satu cerita kisah hidup kita.. disebalik jari itu juga ada sakit pemberian Allah.. tak percaya ? cuba korang ambil jarum dan cucuk hujung jari korang.. sakit bukan ? Subhanallah.. indah ciptaanNya.. terselit pelbagai makna disebalik ciptaanNya..

kadang-kadang aku juga mengeluh.. kenapa dan mengapa jalan kehidupan ini terlalu sukar buat aku.. persoalan yang sentiasa bermain di minda.. tapi aku positifkan balik cas cas negatif yang bermain di layar fikiran aku.. sebenarnya Allah nak hadiahkan pelangi yang indah buat aku tapi mungkin ini bukan masa nya lagi..

diberinya aku ujian untuk aku alami sendiri pahit manis masin masam nya perjuangan di medan ilmu ini.. sukarnya kehidupan itu untuk menjadikan aku seorang yang kuat walaupun di hujung jari itu ada sakit pemberian Allah..

onak duri inilah bakal melengkapkan jigsaw puzzle kehidupan aku.. sebuah frame kehidupan yang tidak mungkin sama dengan orang lain.. walaupun manusia tiada bersama aku takpe,Allah ada.. pahitnya perjuangan ini bagi meraih manisnya syurga.. 

Entri ini mungkin tidak menarik.. aku mati akal dalam berbicara.. maaf buat kalian.. aku perlukan rehat..
mungkin blog ini akan sunyi buat jangka masa yang panjang.. Jaga diri korang semua yee..

Peace with iman (!)

2 comments:

  1. rest keh...nape lak blog nk sunyi?

    ReplyDelete
  2. semua dicipta berpasangan...setiap penyakit ada ubatnya.. setiap masalah ada penyelesaiannya, setiap yang sihat akan sakit. tak ada kat dunia yang tiada jalannya kecuali mati... rest kalau perlu ye. =)

    ReplyDelete

thanks for your comment ^^

Penulisan ini bukan kerana nama