♬♪rakyat jelata♬♪

Aku juga punya seketul daging

Aku--
Aku juga manusia.
Tetap lahir dari rahim seorang ibu.
Darah yang mengalir.
Tetap merah likat seperti kalian.

Aku--
Juga punya seketul daging.
Yang berhak disayangi.
Bukan untuk terus disakiti.
Seketul daging itu ialah hati.

Hati--
Hati yang terkadang mohon dimengerti.
Bukan dengan kasar bicara mu.
Tapi dengan lembut bait-bait perkataan.

Cukuplah.
Cukuplah hadiahkan aku segala macam kepahitan.

Pergilah.
Izinkan aku mencari jalan pulang.
Pulang yang sebenar-benarnya.

Pulang mencari cinta Ilahi.


No comments:

Post a Comment

thanks for your comment ^^

Penulisan ini bukan kerana nama