♬♪rakyat jelata♬♪

Kau kata Vs Aku kata

Kau kata kau lemah.
Kau kata kau tak mampu.
Kau kata kau dah tak terdaya.
Kau kata otak kau dah tepu.
Kau kata badan kau dah penat.

Ya.
Ya.
Terlalu banyak yang kau kata.

Aku kata.
Mungkin kau lupa yang Dia Maha Mendengar.
Mungkin kau tak ingat yang Dia Maha Memberi.
Segala kurniaan dan rezeki.

Dan--
Pesan aku.
Tak.
Ini pesan Allah.
2x Allah ulang.
Dalam Surah Al-Insyirah.
Ayat 5 dan 6.
Disebalik setiap kesusahan akan datang kemudahan.


No comments:

Post a Comment

thanks for your comment ^^

Penulisan ini bukan kerana nama